Bandar Selamat

Program Policing Community oleh PDRM dan Bandar Selamat oleh MPSepang dengan Kerjasama Kick Start Academy di Capital Playground, Cyberjaya

Majlis Perbandaran Sepang telah menjadikan Program ‘Policing Community’ merupakan acara tahunan bagi tujuan memberikan kesedaran dan pendedahan berkenaan dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. Ini kerana tren jenayah harta benda dan jenayah kekerasan dan jalanan telah memberikan kesan secara tidak langsung.
Pada 20 Mei 2017, pihak MPSepang telah mengadakan satu (1) pemeran dan taklimat khas berkaitan ‘Policing Komuniti’ di bawah Program Bandar Selamat di @Neo Cyber, Cyberjaya.