Bandar Selamat

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Program Bandar Selamat Majlis Perbandaran Sepang

Selamat datang ke laman web rasmi Program Bandar Selamat peringkat Majlis Perbandaran Sepang. Laman web ini diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran kepada orang awam, agensi kerajaan dan sektor awam supaya dapat berkolaborasi bagi melaksanakan program bandar selamat. Sebanyak 23 langkah pencegahan jenayah telah disenaraikan pada tahun 2004 untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun, pada tahun 2010, 23 langkah tersebut telah disenarai kepada 15 langkah sahaja.

Program Bandar Selamat telah dilancarkan sejak tahun 2004. Jawatankuasa Bandar Selamat peringkat Majlis Perbandaran Sepang ditubuhkan pada tahun 2007. Ia ditubuhkan selepas Majlis Daerah Sepang dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Sepang pada tahun 2005. Justeru itu, sebagai persediaan ke arah pembangunan yang semakin rancak, maka pihak MPSepang telah menubuhkan Jawatankuasa Program Bandar Selamat.