Program Bandar Selamat telah diwujudkan pada tahun 2004. Terdapat 23 langkah pelaksanaan Program Bandar Selamat yang telah digariskan. Walaubagaimanapun, 23 langkah ini telah dikaji semula keberkesanannya dan pihak Kerajaan telah menggariskan 15 langkah yang perlu diberikan keutamaan dan garispanduan ini dilancarkan pada Julai 2010. Pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) juga telah menerimapakai Garis Panduan ini untuk dilaksanakan di peringkat MPSepang.

Program Bandar Selamat ini juga telah dibincangkan secara berkala di Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat dan Jawatankuasa Local Agenda 21, Majlis Perbandaran Sepang  telah dijadikan sebahagian daripada Jawatankuasa Kecil di bawah Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan). Mesyuarat ini perlu bersidang sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.

Sebelum ini Mesyuarat Jawatankuasa Program Bandar Selamat  dan Mesyuarat Jawatankuasa Local Agenda 21 dijalankan secara berasingan. Walaubagaimanapun, bermula Oktober 2016, Dua (2) Jawatankuasa ini digabungkan menjadi satu (1) Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 dan Pembangunan Mampan, Majlis Perbandaran Sepang. Skop dan Bidang Tugas Jawatankuasa ini juga telah diperluaskan meliputi aspek keselamatan Jalan Raya, aspek pembangunan Teknologi Hijau, ‘Smart City’ dan ‘Low Carbon City’. Keputusan di dalam Mesyuarat ini akan diperakukan di Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Sepang bagi membolehkan setiap projek, program dan inisiatif yang dilaksanakan dapat diperakukan dalam konteks perundangan khususnya di bawah Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan).

Garispanduan secara terperinci khususnya mengenai 15 langkah tersebut juga boleh diperolehi seperti pautan di bawah. Semoga ia bermanfaat dapat digunakan dan diaplikasikan untuk kebaikan rakyat dan meningkatkan kualiti hidup penduduk jua.

1. Pengasingan Laluan Pejalan Kaki Daripada Laluan Bermotor

Definisi pengasingan laluan pejalan kaki dengan laluan bermotor bermaksud  menyediakan laluan pejalan kaki yang khusus dengan pengasingan melalui aksesori jalan seperti ‘bollard’, rel penghadang, tanaman landskap atau laluan motosikal khas. Pengasingan ini bertujuan untuk mencegah berlakunya kes jenayah seperti ragut. Di samping itu, pengasingan ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keyakinan pengguna / orang awam terhadap infrastruktur yang disediakan. Pihak Majlis telah menyediakan infrastruktur tersebut dan dilaksanakan secara berkala setiap tahun samada dalam konteks penyediaan projek baru atau penyelenggaraan.

2. Perlaksanaan Rekabentuk Persekitaran Yang Selamat (CPTED)

Reka bentuk persekitaran memainkan peranan terhadap tahap keselamatan sesuatu tempat melalui perlaksanaan Reka Bentuk Persekitaran Fizikal yang Selamat (CPTED).

3. Pemetaan GIS Jenayah dan Program Bandar Selamat

Pemetaan GIS Jenayah dapat membantu keberkesanan perlaksanaan Program Bandar Selamat dalam mengurangkan jenayah

1. Penyediaan Balai Polis Tetap Atau Bergerak

Penyediaan balai polis sama ada jenis bergerak atau pondok polis dapat menjadikan persekitaran yang selamat dan memberikan keyakinan kepada orang awam.

2. Penyediaan Cermin Keselamatan

Penyediaan papan tanda peringatan jenayah dapat membantu dan mengingatkan orang awam untuk lebih peka terhadap persekitaran mereka. 

4. Penyediaan Penggera Keselamatan

Penyediaan penggera keselamatan digunakan apabila berlaku kecemasan seperti diragut atau sebagainya untuk mencemaskan peragut. 

5. Penyediaan Tempat Letak Motosikal Berkunci

Penyediaan tempat motosikal berkunci untuk mengurangkan kes kecurian di kawasan yang mempunyai rekod kecurian yang tinggi. 

6. Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di Premis Perniagaan dan Tempat Awam

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan dan tempat awam adalah untuk pemantauan serta menjadi salah satu bukti terhadap sesuatu kes jenayah melalui rakaman dari CCTV tersebut. 

7. Pencahayaan

Pencahayaan di sini bermaksud kerja-kerja pemasangan lampu limpah atau ‘spotlight’ di kawasan tumpuan awam atau kawasan terlindung samada di lorong-lorong bangunan. Pencahayaan kawasan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan jenayah kerana kebanyakan kes jenayah berlaku di kawasan seumpama ini. 

8. Laluan Awam Tidak Terlindung Dari Pandangan Awam

Jenayah kerap berlaku di kawasan yang sunyi dan terlindung dari pandangan awam. Justeru itu, antara indagan yang dapat mengurangkan / mencegah kes jenayah di kawasan sebegini adalah seperti berikut :

i- Membersihkan / mengemaskan kawasan semak dan terlindung.
ii- Tidak membenarkan perniagaan dan meletak kenderaan di laluan pejalan kaki.
iii- Jejantas tidak terlindung dari pandangan awam.

9. Penjanaan Aktiviti Bersesuaian di Kawasan Terdedah Dengan Jenayah

Secara umumnya, apabila kawasan menjadi tumpuan orang ramai, penjenayah tidak akan memilih untuk dijadikan lokasi jenayah. Hal ini kerana mereka terdedah dengan pandangan orang awam.